Wednesday, March 23, 2011

unsur seni - RUPA

Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai egati dan logo dalam karya perekaan.
RUPA GEOMETRI
            Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Rupa organik biasanya digunakan sebagai egati dan logo kapsyen dalam seni komunikasi.


RUPA ORGANIK
            Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi mempuyai rupa organik.


RUPA POSITIF DAN NEGATIF
            Rupa objek adalah rupa yang diletakkan di atas  sesuatau permukaan. Ia dinamakan sebagai rupa positif. Ruang di sekeliling rupa objek tersebut adalah negative. Kedua-dua rupa ini saling bergantung antara satu sama lain. Andai kata di ubah kedudukan rupa positif, rupa negatif turut berubah. Boleh dikatakan kedua-dua adalah penting kerana ia memerlukan kebergantungan antara satu sama lain.   

rupa positif


rupa negatif

Thursday, March 17, 2011

unsur seni - JALINAN

             Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semulajadi atau benda buatan manusia. Boleh dikatakan semua objek yang ada di muka bumi ini mempunyai jalinan walaupun hanya sekadar pokok mati. Ia dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan. Sebagai contoh permukaan seperti botol, kaca, dan cerek air mempunyai permukaan yang licin. Permukaan yang kesat pula terdiri daripada kulit nangka, dan kulit pokok. Jalinan yang terdapat pada kain sutera pula bersifat halus dan lembut. Setiap jalinan pada sesuatu objek mempunyai fungsi tertentu. Contohnya jalinan pada tuala mandi bertujuan agar dapat menyerap air dan jalinan pada kulit durian bertujuan untuk keselamatan isi buah. Manakala jalinan pada serangga atau binatang pula bertujuan untuk penyamaran atau keselamatan. Penghasilan jalinan pada hasil karya seni dapat menyampaikan mesej tertentu. Terdapat 2 jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

JALINAN TAMPAK : wujud dalam bentuk 2 dimensi. Contoh pada karya perekaan iaitu papan iklan. Ia dapat dilihat dengan jelas namun tidak boleh disentuh dan dikesan dengan deria sentuhan. contoh; corak batik dan jalinan pada buah tembikai.


JALINAN SENTUH: Sesuatu permukaan yang dapat dikesan oleh deria sentuh. Contoh kesan jalinan sentuh ialah berduri,berbulu, dan kesan kasar. Contohnya jalinan yang terdapat pada kulit kayu dan permukaan batu bata.




unsur seni - BENTUK

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan ketinggian, jisim, dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur bentuk dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi, dan pelbagai dimensi.
BENTUK DUA DIMENSI.
            Merujuk kepada gambar atau visual dua dimensi. Ia dapat dilihat pada permukaan 180 . Bentuk dua dimensi hanya wujud dalam gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Contoh bentuk dua dimensi ialah catan, foto dan reka bentuk grafik.


BENTUK TIGA DIMENSI.
            Merujuk pada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar/nyata. Ia mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa dan disentuh. Bentuk tiga dimensi terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang dapat dilihat dari pelbagai sudut (360 ) dan bentuk timbul (relief). Contoh karya seni yang mempunyai bentuk 3 dimensi ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu. 



JENIS-JENIS BENTUK

    a)  Bentuk konkrit
           *bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi. Ia dapat dilihat, disentuh dan dirasa.                   Antara karya seni yang berbentuk konkrit ialah arca, tembikar, dan anyaman.





    b)   Bentuk ilusi.
 *bentuk ilusi ialah bentuk objek yang bersifat dua dimensi iaitu karya yang direka di atas permukaan rata seperti gambar, lukisan, catan dan cetakan. Ia hanya boleh dilihat dan tidak boleh dirasa dengan deria sentuh. Bentuk ilusi memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.