Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai egati dan logo dalam karya perekaan.
RUPA GEOMETRI
Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Rupa organik biasanya digunakan sebagai egati dan logo kapsyen dalam seni komunikasi.
RUPA ORGANIK
Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi mempuyai rupa organik.
RUPA POSITIF DAN NEGATIF
Rupa objek adalah rupa yang diletakkan di atas sesuatau permukaan. Ia dinamakan sebagai rupa positif. Ruang di sekeliling rupa objek tersebut adalah negative. Kedua-dua rupa ini saling bergantung antara satu sama lain. Andai kata di ubah kedudukan rupa positif, rupa negatif turut berubah. Boleh dikatakan kedua-dua adalah penting kerana ia memerlukan kebergantungan antara satu sama lain.
rupa positif
rupa negatif