Saturday, February 26, 2011

unsur seni - RUANG

          Ruang terbahagi kepada ruang nyata dan ruang ilusi. Ruang nyata merupakan ruang yang boleh disentuh manakala ruang ilusi merupakan ruang yang tidak dapat disentuh antaranya seperti ruang di dalam lukisan dan catan. Ruang juga mempunyai banyak perhubungan antaranya perhubungan ruang dengan warna, perhubungan ruang dengan garisan, perhubungan ruang dengan bentuk dan juga perhubungan ruang dengan perspektif.



Thursday, February 17, 2011

unsur seni - WARNA

Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya dan kehidupan seharian. Warna dapat membezakan antara sesuatu benda. Ia juga boleh didapati dimana sahaja. Contohnya keindahan alam sekitar yang mempunyai persekitaran yang warna warni serta menarik. Warna juga berkait langsung dengan perasaan atau mood seseorang. Ia dapat mempengaruhi suasana dan dapat menunjukkan ruang dan digunakan sebagai simbol. Penggunaan warna sangat penting dalam perekaan dan penghasilan karya. Warna juga merupakan alat komunikasi yang sangat berkesan. Selain itu warna juga mempunyai beberapa criteria penting iaitu jenis-jenis warna , nilai warna dan skema warna.
            Jenis warna ada 3. Pertama warna asas yang mempunyai 3 jenis warna iaitu kuning, merah, dan biru. Kedua warna sekunder iaitu campuran warna asas tertentu sehingga menghasilkan warna hijau, ungu dan oren/jingga. Dan yang ketiga warna tertier yang terhasil daripada campuran warna asas dan sekunder. Nilai warna ialah ukuran kekuatan warna. Contohnya, kecerahan atau kegelapan sesuatu warna. Warna terdiri dari ton warna, warna kroma,dan warna neutral.



unsur seni-garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling penting. Ia merupakan elemen asas, yang paling penting untuk melukis dan melakar. Garisan bermaksud sambungan antara titik-titik dan merentasi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Garisan dapat dihasilkan menggunakan pelbagai media atau bahan. Perbezaan bahan akan mewujudkan  pelbagai jenis garisan.
Garisan terdiri daripada pelbagai sifat, jenis dan pelbagai kuantiti garisan. Perbezaan ilusi visual yang terhasil daripada sifat, jenis dan kuantiti garisan dapat member pelbagai kesan ilusi seperti pergerakan, ekspresi dan emosi.