Thursday, March 17, 2011

unsur seni - BENTUK

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan ketinggian, jisim, dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur bentuk dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi, dan pelbagai dimensi.
BENTUK DUA DIMENSI.
            Merujuk kepada gambar atau visual dua dimensi. Ia dapat dilihat pada permukaan 180 . Bentuk dua dimensi hanya wujud dalam gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Contoh bentuk dua dimensi ialah catan, foto dan reka bentuk grafik.


BENTUK TIGA DIMENSI.
            Merujuk pada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar/nyata. Ia mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa dan disentuh. Bentuk tiga dimensi terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang dapat dilihat dari pelbagai sudut (360 ) dan bentuk timbul (relief). Contoh karya seni yang mempunyai bentuk 3 dimensi ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu. 



JENIS-JENIS BENTUK

    a)  Bentuk konkrit
           *bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi. Ia dapat dilihat, disentuh dan dirasa.                   Antara karya seni yang berbentuk konkrit ialah arca, tembikar, dan anyaman.





    b)   Bentuk ilusi.
 *bentuk ilusi ialah bentuk objek yang bersifat dua dimensi iaitu karya yang direka di atas permukaan rata seperti gambar, lukisan, catan dan cetakan. Ia hanya boleh dilihat dan tidak boleh dirasa dengan deria sentuh. Bentuk ilusi memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.


No comments:

Post a Comment