Thursday, March 17, 2011

unsur seni - JALINAN

             Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semulajadi atau benda buatan manusia. Boleh dikatakan semua objek yang ada di muka bumi ini mempunyai jalinan walaupun hanya sekadar pokok mati. Ia dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan. Sebagai contoh permukaan seperti botol, kaca, dan cerek air mempunyai permukaan yang licin. Permukaan yang kesat pula terdiri daripada kulit nangka, dan kulit pokok. Jalinan yang terdapat pada kain sutera pula bersifat halus dan lembut. Setiap jalinan pada sesuatu objek mempunyai fungsi tertentu. Contohnya jalinan pada tuala mandi bertujuan agar dapat menyerap air dan jalinan pada kulit durian bertujuan untuk keselamatan isi buah. Manakala jalinan pada serangga atau binatang pula bertujuan untuk penyamaran atau keselamatan. Penghasilan jalinan pada hasil karya seni dapat menyampaikan mesej tertentu. Terdapat 2 jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

JALINAN TAMPAK : wujud dalam bentuk 2 dimensi. Contoh pada karya perekaan iaitu papan iklan. Ia dapat dilihat dengan jelas namun tidak boleh disentuh dan dikesan dengan deria sentuhan. contoh; corak batik dan jalinan pada buah tembikai.


JALINAN SENTUH: Sesuatu permukaan yang dapat dikesan oleh deria sentuh. Contoh kesan jalinan sentuh ialah berduri,berbulu, dan kesan kasar. Contohnya jalinan yang terdapat pada kulit kayu dan permukaan batu bata.




No comments:

Post a Comment